Monday, July 28, 2008

kita belajar senang, mereka belajar susah...

Assalamualaikum,

Dalam entri kali ni, saya nak kongsikan satu cerita, yang mana cerita ini adalah cerita benar. Namun tidak ramai antara kita yang sedar dan tahu akan hakikat kehidupan saudara kita yang saban hari ditindas oleh penjajah di bumi mereka. Bumi yang saya maksudkan ialah bumi Palestin, bumi al-Quds, our first qiblah.

Memandangkan ramai di antara kita adalah pelajar sama ada pelajar2 sekolah atau siswa-siswi universiti, saya kira kita semua sudah sedia maklum akan hakikat kehidupan sebagai seorang yang menuntut ilmu. Tapi, pernahkah kita terfikir bagaimana saudara2 Muslim dan Muslimah kita menuntut ilmu dikala tanahair mereka dijajah dan dibom? Apakah mereka memperolehi kemudahan2 untuk belajar? Selesakah keadaan mereka ketika menuntut ilmu? Bagaimanakah kehidupan mereka setelah belajar?


Hayati kisah ini...










Fikir-fikirkanlah. Sepatutnya kita bersyukur kerana diberi nikmat dan peluang oleh Allah untuk menuntut ilmu dalam keadaan yg jauh lebih selesa. Tapi masih ramai antara kita yang masih malas untuk belajar, ponteng kelas dan berpoya-poya. Bangkitlah wahai sahabat-sahabatku!!
Buka mata hati, buka minda kita. Lihat bagaimana perjuangan saudara-saudara kita di Palestin dalam menuntut ilmu.

Renungilah maksud firman Allah:

“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah Al-Mujadalah :11)

Hayati juga maksud hadis Nabi S.A.W.:

“ Sesiapa yang keluar menuntut ilmu, maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali." (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)

Wallahualam.

Salam Taaruf

Alhamdulillah, segala pujian untuk Allah kerana dgn izinNya, saya berjaya menghasilkan blog saya yang pertama. In sha' Allah, blog ini akan menjadi pendorong kepada saya utk mencoretkan apa yang terbuku di hati berpandukan Al-Quran dan Sunnah, in sha' Allah. Ucapan terima kasih buat keluarga dan sahabat2 perjuangan yg saya cintai atas dorongan. Kehadiran anda semua menceriakan kehidupan ini. Semoga Allah memberkati hubungan kita yang berpaksikan iman dan diniatkan hanya kerana Allah. Hubungan inilah yang dinamakan Ukhuwah Islamiyyah.

Allah SWT berfirman,"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. " (QS Al Hujuraat 10)

Ya, Allah, kau permudahkanlah urusan kami dan berikanlah kami hidayah agar kami sentiasa berada di jalan yang lurus, amin.