Monday, July 28, 2008

Salam Taaruf

Alhamdulillah, segala pujian untuk Allah kerana dgn izinNya, saya berjaya menghasilkan blog saya yang pertama. In sha' Allah, blog ini akan menjadi pendorong kepada saya utk mencoretkan apa yang terbuku di hati berpandukan Al-Quran dan Sunnah, in sha' Allah. Ucapan terima kasih buat keluarga dan sahabat2 perjuangan yg saya cintai atas dorongan. Kehadiran anda semua menceriakan kehidupan ini. Semoga Allah memberkati hubungan kita yang berpaksikan iman dan diniatkan hanya kerana Allah. Hubungan inilah yang dinamakan Ukhuwah Islamiyyah.

Allah SWT berfirman,"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. " (QS Al Hujuraat 10)

Ya, Allah, kau permudahkanlah urusan kami dan berikanlah kami hidayah agar kami sentiasa berada di jalan yang lurus, amin.




No comments: